January 2016 - Raizah Halisah

Friday, 29 January 2016

TUTORIAL : Border Shadow Luar Blog

January 29, 2016 0
TUTORIAL : Border Shadow Luar Blog
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan harini saya free, so saya decide nak buat satu tutorial untuk template denim iaitu  Border Shadow luar Blog



Ok jum mula.

1. mula-mula bukak dashboard
2. click pada template dan click dekat Edit Html.
3. tick *expand widget template
4. halakan cursor dan clickkan kat dalam kotak html dan search kod ini 
#content-wrapper {

5. lepas dah cari kod diatas, ada kod kat bawah dia kan? Ok DELETE  kod tersebut dan gantikan dengan kod bawah ni,

width: 1200px;
margin: 0 auto;
padding:15px;
background : url(URL BACKGROUND);
border: 1px solid transparent;
text-align: left;
box-shadow: 0 0 5px 5px #cccccc;
}
6. Okay,
MERAH: width blog korang
HIJAU: url background dalam blog 
OREN: warna shadow yang korang nak

7. Preview dan kalau takde error, save.
8. Siap ^^

p/s: kalau nak try guna simple template, cuba search code 
content-inner {
9. dah search? then copy kod atas dan pastekan dibawah content-inner { tu tadi ye.

selamat mencuba ^^ 

Thursday, 28 January 2016

Blog makin berat ?

January 28, 2016 0
Blog makin berat ?
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum w.b.t

Bila tengok tajuk, konfemlah kita akan story pasal blog yang dah makin berat kan. Ok, just now aku baru check kat iwebtool pasal berat blog aku ni. bukan apa sebab dia dah asyik lama nau loading nye setiap kali aku bukak blog. dan hasilnya adalah seperti berikut:

|
|
|
|
|
|
|
|
 \/ 


Tengoklah lah tu. bukan main berat lagi blog aku ni dan aku pun tatahu kenapa hm. Bukannya aku kasik dia makan pun tapi sesaje je dia nak berat hmhmhm. Aku pun carilah tutorial untuk ringankan blog but the end hasilnya sama jugak. Aku tak tahulah apa aku buat sampai berat jadi nye. Aduh gimana ni ya? hahaha

Tuesday, 26 January 2016

Segmen Pencarian Bloglist 2016 by LE.JH

January 26, 2016 8
Segmen Pencarian Bloglist 2016 by LE.JH
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 Assalamualaikum w.b.t

Harini nak join satu segmen pencarian bloglist daripada LE.JH

{click banner untuk join}

Jum ramai-ramai join segmen ini bagi memeriahkan lagi bloglist beliau :))



Segmen Bersama Leya Yeolly

January 26, 2016 4
Segmen Bersama Leya Yeolly
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 Assalamualaikum w.b.t

Harini izah nak join satu segmen yang dianjurkan oleh kak leya. 

{click banner untuk join}

Ok kak leya, thanks sebab anjurkan segmen ni hehehe rasanya blog saya dah comel dah tapi cuma nak tanya kak leya macam mana nak ketepikan bloglist saya haha sebab saya masih tak boleh moveon dengan center bloglist tu hm haha tu je kot hehe.

So, kita akan tag:

Semoga berjaya :))

Monday, 25 January 2016

Pencarian Mega Bloglist by Aisyhah Nyais

January 25, 2016 10
Pencarian Mega Bloglist by Aisyhah Nyais


بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t

Harini nak join Pencarian Mega Bloglist by Aisyhah Nyais

{click banner untuk join ye^^}

so kita akan tag:

So apa tunggu lagi? jumlah join untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama bloggers hehe ><


Wednesday, 20 January 2016

Blog Award 2016 by Hanah Blog

January 20, 2016 0
Blog Award 2016 by Hanah Blog

Tiny Times (Chinese Movie)

January 20, 2016 0
Tiny Times (Chinese Movie)

Harini rasa nak review satu movie china ni yang bertajuk "Tiny Times". Movie ni, ada 4series kalau tak silap lah. setahun sekali dia ada keluar satu series. Actually, aku dah lama dah tengok movie ni cuma takde masa nak review movie ni. Bagi aku, movie ni best giler tahap namati lah sebab apa? sebab movie ni berdasarkan friendship. Kiranya hubungan kawan baik yang dicipta sejak zaman sekolah lagi. Aku mula tau pasal movie ni sejak bulan lepas time tu tengah stalk lagu yang best-best tu yang keluar lagu "time boils the rain" nyanyian laki aku iaitu wu yifan lol. Sejak tu, aku cari tajuk movie tu and terus download 4series movie Tiny Times tu.



TITLE : Tiny Times (小时代)
SERIES : 4
COUNTRY : China
LANGUAGE : Mandarin
DIRECTOR : Guo Jingming
RELEASE YEAR : TT 1 (2013), TT 2 (2013), TT 3 (2014), TT 4 (2015)
TIME PERIOD : TT 1 (115minutes), TT 2 (116minutes), TT 3 (126minutes), TT 4 (116minutes)
STARRING BY : Yang Mi, Amber Kuo, Bea Hayden Kuo, Xie Yilin

RH REVIEW
TT ni ada 4 series. setiap tahun dia akan keluar satu series. dan setiap tahun tu jugak dia keluar berbentuk movie. movie ni berkisahkan tentang 4 orang sahabat baik iaitu Gu Li (Lily), Lin Xiao, Nan Xiang dan Tang Wanru (Ruby). Dalam keempat-empat movie ni, aku paling suka Tiny Times 3 hahaha sebab ada Zhou Chongguang kot~


Gu Li / Lily (Amber Kuo)
Gu Li ni dia anak orang kaya. Ayah dia tak silap aku ada syarikat sendiri kot syarikat majalah tapi ayah dia mati time Tiny Times 2. Dalam keempat series ni watak dia berambut pendek. Kiranya dia leader lah diantara 3lagi kawan dorang. Muka dia aku tengok ada lah sombong sikit maklumlah anak orang kaya kan. Dia bercinta dengan Gu Yuan sejak sekolah tinggi lagi. and dorang memang rancang nak kahwin bila dah besar. Dalam keempat series, dia paling selalu gaduh dengan Nan Xiang.  And dalam Tiny Times 4, watak dia paling menyerlah sebab dia ada penyakit kanser uterus yang buat aku sedih.



Lin Xiao (Yang Mi)
Lin Xiao ni watak yang paling aku suka. Aku suka dia dengan Zhou Chongguang. Dia ni time sekolah tinggi pernah couple dengan kawan Gu Yuan, iaitu Jian Xi tapi dorang putus sebab Jian Xi ada perempuan lain. Tak lama kemudian, muncul lah Zhou Chongguang sebagai model di syarikat ayah Gu Li. Dia jugak merupakan secretary Gong Min, pengarah dekat syarikat ayah Gu Li. Lin Xiao ni paling rapat dengan Gu Li. Watak dia paling menyerlah time Tiny Times 3 bila dia dapati Zhou Chongguang mati. Aku minat dia sebab dia lawa and comel. Dia paling bermasalah bila pasal lelaki.



Nan Xiang (Bea Hayden Kuo)
Yang ni pulak Nan Xiang. Watak dia dalam movie ni memang pelik sikit. tapi dia paling lawa diantara 3orang yang lain. Dia ni lahir didalam keluarga yang miskin dan hidupnya selalu dikejar oleh along. Cita-cita dia nak jadi seorang artist (pelukis terkemuka) suatu hari nanti. Dia bercinta dengan Xi Cheng tapi Xi Cheng suka pukul dia kot ><. Dalam movie ni, dia banyak jadi pembelot pada kawan baiknya sendiri dan dia hanya mengejar cita-cita tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia jugak paling selalu gaduh dengan Gu Li.



Tang Wanru / Ruby (Xie Yilin)
Wanru ni watak paling over lah bagi aku. Dia ni selalu acah seksi lol tapi dia paling baik antara keempat semuanya. Dia ni minat kat seorang laki ni tapi laki tu minat Nan Xiang. Sejak tu dia selalu gaduh dengan Nan Xiang pasal lelaki tersebut. Dalam Tiny Times 4, dia kemalangan ketika pergaduhan antara Gu Li dengan Nan Xiang sampai mulut dia terkoyak >,< sejak pergaduhan tu berlaku, masing-masing bawak diri.





Gu Yuan (Ko Chen Tung)
Dia ni pakwe Gu Li. Dia selalu gaduh dengan Gu Li sebab mak Gu Yuan ni tak suka Gu Li. Dia jugak seorang setia tunggu Gu Li even dia tahu Gu Li ada penyakit kanser. At the end movie ni, mak Gu Yuan restu gak hubungan dorang berdua.







Zhou Chongguang / Shaun (Cheney Chen)
Ok nilah pakwe baru aku eh takdelah. Ni watak lelaki paling hensem bagi aku lah. Dalam movie ni, dia dikenali sebagai FLOWER BOY lol. Dalam Tiny Times 1, dia ni model. Tiny Times 2 pulak dia jadi pakwe baru Lin Xiao. tapi dalam Tiny Times 3 pulak dia mati eh? actually dia tak mati tapi dia tukar identiti jadi Shaun sebab nak tolong abang angkat dia iaitu Gong Min. Mana tak gilanya si Lin Xiao tu melalak sebab pakwe dia mati hahaha. I nak belanja  gambar hensem Zhou Chongguang lagi.



Actually, banyak lagi watak dalam movie ni tapi aku rasa watak dorang tak selalu muncul tu yang aku tak letak >.< hahaha jahat betul aku ni. Tapi, apapun endingnya memang best sebab GuYuan akan kahwin dengan GuLi, LinXiao dah baik balik dengan ZhouChongguang. cuma NanXiang takde bercinta dengan sesiapa sebab Xi Cheng mati akhirnya lol and Wanru jugak still dengan perangai over nya hahaha. Oklah part yang mata aku mengalir laju bila GuLi buat video klip untuk 3orang kawannya time dia sakit kanser ok tu yang paling sedih namati ah aku tengok pukul 2pagi suara aku je yang kedengaran hahahaha. btw movie ni ada scene 18+ tapi tak banyak rasanya dalam Tiny Times 4 je kot. So korang yang umur bawah 18 tu jangan risau takde apa pun act hahahaha

Lagipun movie ni ada 4 series dan aku tanaklah review satu-satu so aku review keseluruhan jelah haha sekali lagi aku malas..

RH RATING 
8.0/10.0
Overallnya movie ni memang best cuma setiap siri mesti ada je yang nak gaduh time tengah bahagia :')

LINK TO WATCH THIS MOVIE
Kiss Asian : Tiny Times 1 (eng sub)
Kiss Asian : Tiny Times 2 (eng sub)
Kiss Asian : Tiny Times 3 (eng sub)
Kiss Asian : Tiny Times 4 (eng sub)

TRAILER & PHOTO
             

Tiny Times 1 (trailer)

Tiny Times 2 (trailer)



Tiny Times 3 (trailer)

Tiny Times 4 (trailer)

Kris Wu - Time Boils the Rains
OST Tiny Times





Tiny Times 1 (official poster)                                       Tiny Times 2 (official poster)
Tiny Times poster.jpg                Tiny Times 2 poster.jpg

   Tiny Times 3 (official poster)                                       Tiny Times 4 (official poster)
Tiny Times 3 poster.jpg                Tiny Times 4 poster.jpeg

Monday, 11 January 2016

FREEBIES : Cursors iKON member *own made

January 11, 2016 0
FREEBIES : Cursors iKON member *own made
Assalamualaikum.

Harini izah rajin pulak nak buat freebies cursor iKON member. Kalau nak guna, boleh ambil then korang komen ye ^^

http://i.imgur.com/Gjs3gKq.png
http://i.imgur.com/okeN2s3.png

http://i.imgur.com/cmbdsDN.png
http://i.imgur.com/iJ4mHKm.png

http://i.imgur.com/XUqQejG.png
http://i.imgur.com/Wy2QCnG.png
http://i.imgur.com/17uollZ.png


Cara nak letak cursor
1. Log in > dashboard > Layout > add a gadget > Html/javascript
2. Copy kod bawah ni
<style type="text/css">body, a, a:link{cursor:url(url cursor 1), default;} a:hover {cursor:url(url cursor 2),wait;}</style> 
3. Pastekan di ruangan Html/javascript tadi.

Warna Merah : letak cursor yang korang tengah guna sekarang
Warna Ungu : letak url cursor yang korang nak apabila menyentuh link, ia akan jadi cursor yang korang nak.

4. Preview and save.

Korang jugak boleh request cursor kpop member daripada izah. Komen tau jangan lupa ^^


Sunday, 10 January 2016

Our Times (Taiwan Movie)

January 10, 2016 2
Our Times (Taiwan Movie)

Assalamualaikum. haritu aku ada download satu movie ni. tajuk dia "Our Times". movie ni daripada Taiwan. sebenarnya, aku tak tahu pun pasal movie ni even movie ni keluar 2015 tapi haritu ada terbaca satu entry Laki Terok tentang movie ni. bagi aku, movie ni pasal cinta pertama / first love.


TITLE : Our Times (我的少女時代)
COUNTRY : Taiwan
LANGUAGE : Mandarin
YEAR : 2015
TIME PERIOD : 134 Minutes
CAST : Vivian Sung, Darren Wang Dalu


SINOPSIS



Movie ni pasal seorang perempuan yang bernama Truly Lin Chen Hsing (Joe Chen) yang teringat dengan kisah cintanya ketika dia mendengar salah satu lagu Andy Lau. Truly Lin ni memang minat gila kat Andy Lau sampai simpan stande Andy lau kat bilik dia. Ketika zaman sekolahnya, Truly lin (Vivian Sung) ni memang suka kat Ouyang Feifan / Ouyang Extraordinary (Dino Lee) sebab Ouyang ni memang pelajar straight A dekat sekolah dia.

Image result for our times

Then, Truly lin menghantar surat berantai dengan melekatkan sticker Andy Lau kepada Hsu Taiyu (Darren Wang), ketua gangster di sekolah mereka supaya dia tidak ditimpa musibah. Sejak itu, Truly Lin menjadi kawan Hsu Taiyu dan mereka bekerjasama untuk memenangi hati crush masing-masing kerana Truly lin suka Ouyang dan Hsu Taiyu suka dengan Tao Minmin. tanpa disedari mereka berdua mempunyai perasaan terhadap masing-masing.

Related image

REVIEW By Feii
Part paling sweet bila Hsu Taiyu sanggup pegang janji dia pada Truly Lin iaitu tak bergaduh lagi. Disebabkan perjanjian itu, Hsu Taiyu sanggup dibelasah teruk oleh sekumpulan budak gangster sekolah lain sambil memegang stande Andy Lau yang ingin dia berikan kepada Truly Lin.

Related image

Tapi sebenarnya, Truly Lin ni tak tahupun yang Hsu Taiyu sukakan dia selama ni dan Hsu Taiyu pun tak tahu langsung yang Truly Lin ni pun ada simpan perasaan kat dia. sebab masing-masing ingat yang orang yang dorang suka ni sukakan crush masing-masing. the ending pun not bad lah after bertahun mereka berdua jumpa balik di konsert Andy Lau.

Image result for our times

RATING By Feii
★★★★★

Watch Here ; Our Times (Eng Sub)

thank you for the reading,
see you next post,
tataa

Thursday, 7 January 2016

Download video guna laptop

January 07, 2016 1
Download video guna laptop
Assalamualaikum.

(gambar hanya hiasan sahaja >,<)


Harini Izah nak buat tutorial tentang macam mana nak download video guna laptop daripada youtube, dan lain-lain tanpa memasang App dalam laptop. Mungkin tutorial ni semua dah tahu cuma izah sesaja nak post tutorial ini bagi sesiapa je yang tak tahu.

1. Okay mula-mula korang kena pergi lah kat Youtube atau mana-mana site yang korang nak download video.

2. Search video yang korang nak. lepastu copy url video. Copy yang izah dah bulatkan warna merah tu.


3. Lepastu, korang pergi pulak link ni Savefrom .


4. Dekat dalam kotak tu, korang masukkan url link yang korang copy tadi. Lepastu tekan enter. Akan keluar macam ni.


5. Dekat kotak sebelah download tu korang nak pilih quality dia macam mana.  Ada 720p dengan 360p. Kalau korang jenis nak tgk HD, pilihlah 720p cuma megabytes dia banyak takut berat nau. tapi kalau korang nak biasa biasa je, boleh pilih 360p. Depends pada video jugak lah.


6. Lepas tu korang dah boleh tekan download yang kotak hijau tu.
7. Tunggu habis download barulah korang boleh tengok video yang korang download tadi.
8. Kat bawah ni ada senarai site yang korang boleh download video guna Savefrom tadi.


9. Selain video, korang jugak boleh download lagu. Sama macam cara diatas ^~
Kalau ada apa-apa, korang boleh komen ye. InshaAllah izah boleh bantu ^^


Tuesday, 5 January 2016

Tangan Gatal

January 05, 2016 4
Tangan Gatal
Assalamualaikum gaiss.



Firstly, maaf sebab dah lama tak update entry hehe sebab takde benda nak update. Second, cuma nak bagitahu yang blog Izah dah bertukar template!!! hehehe act Izah ni terlalu bosan tu yang tangan Izah gatal nak tukar template baru. Izah sendiri tak tahu apa dah jadi dengan diri Izah ni. rasanya template sebelum ni lawa kot tapi tangan I gatal nak tukar template hehehe so bertukarlah ia ke template Minimal daripada ThemeXpose . Sebenarnya, Izah sesaja je nak try template by ThemeXpose ni sebab Izah tengok dah ramai blogger pakai template daripada ThemeXpose ni. Maklumlah Izah memang jenis suka mencuba. Tak salah kan? Korang rasa template ni atau template sebelum ni yang lawa? sebab template kalini nampak serious *lol . Lagipun template dulu merupakan template denim tu yang buatkan blog tu lawa >,< tapi tangan Izah gatal pulak nak menukar template hehe. Kalau Izah bosan dengan template ni, Izah akan tukar dengan template lama ha takpun template jenis lain daripada ThemeXpose hehe rambang mata pulak tengok jenis template yang lain *,*