Tiny Times (Chinese Movie)


Harini rasa nak review satu movie china ni yang bertajuk "Tiny Times". Movie ni, ada 4series kalau tak silap lah. setahun sekali dia ada keluar satu series. Actually, aku dah lama dah tengok movie ni cuma takde masa nak review movie ni. Bagi aku, movie ni best giler tahap namati lah sebab apa? sebab movie ni berdasarkan friendship. Kiranya hubungan kawan baik yang dicipta sejak zaman sekolah lagi. Aku mula tau pasal movie ni sejak bulan lepas time tu tengah stalk lagu yang best-best tu yang keluar lagu "time boils the rain" nyanyian laki aku iaitu wu yifan lol. Sejak tu, aku cari tajuk movie tu and terus download 4series movie Tiny Times tu.



TITLE : Tiny Times (小时代)
SERIES : 4
COUNTRY : China
LANGUAGE : Mandarin
DIRECTOR : Guo Jingming
RELEASE YEAR : TT 1 (2013), TT 2 (2013), TT 3 (2014), TT 4 (2015)
TIME PERIOD : TT 1 (115minutes), TT 2 (116minutes), TT 3 (126minutes), TT 4 (116minutes)
STARRING BY : Yang Mi, Amber Kuo, Bea Hayden Kuo, Xie Yilin

RH REVIEW
TT ni ada 4 series. setiap tahun dia akan keluar satu series. dan setiap tahun tu jugak dia keluar berbentuk movie. movie ni berkisahkan tentang 4 orang sahabat baik iaitu Gu Li (Lily), Lin Xiao, Nan Xiang dan Tang Wanru (Ruby). Dalam keempat-empat movie ni, aku paling suka Tiny Times 3 hahaha sebab ada Zhou Chongguang kot~


Gu Li / Lily (Amber Kuo)
Gu Li ni dia anak orang kaya. Ayah dia tak silap aku ada syarikat sendiri kot syarikat majalah tapi ayah dia mati time Tiny Times 2. Dalam keempat series ni watak dia berambut pendek. Kiranya dia leader lah diantara 3lagi kawan dorang. Muka dia aku tengok ada lah sombong sikit maklumlah anak orang kaya kan. Dia bercinta dengan Gu Yuan sejak sekolah tinggi lagi. and dorang memang rancang nak kahwin bila dah besar. Dalam keempat series, dia paling selalu gaduh dengan Nan Xiang.  And dalam Tiny Times 4, watak dia paling menyerlah sebab dia ada penyakit kanser uterus yang buat aku sedih.



Lin Xiao (Yang Mi)
Lin Xiao ni watak yang paling aku suka. Aku suka dia dengan Zhou Chongguang. Dia ni time sekolah tinggi pernah couple dengan kawan Gu Yuan, iaitu Jian Xi tapi dorang putus sebab Jian Xi ada perempuan lain. Tak lama kemudian, muncul lah Zhou Chongguang sebagai model di syarikat ayah Gu Li. Dia jugak merupakan secretary Gong Min, pengarah dekat syarikat ayah Gu Li. Lin Xiao ni paling rapat dengan Gu Li. Watak dia paling menyerlah time Tiny Times 3 bila dia dapati Zhou Chongguang mati. Aku minat dia sebab dia lawa and comel. Dia paling bermasalah bila pasal lelaki.



Nan Xiang (Bea Hayden Kuo)
Yang ni pulak Nan Xiang. Watak dia dalam movie ni memang pelik sikit. tapi dia paling lawa diantara 3orang yang lain. Dia ni lahir didalam keluarga yang miskin dan hidupnya selalu dikejar oleh along. Cita-cita dia nak jadi seorang artist (pelukis terkemuka) suatu hari nanti. Dia bercinta dengan Xi Cheng tapi Xi Cheng suka pukul dia kot ><. Dalam movie ni, dia banyak jadi pembelot pada kawan baiknya sendiri dan dia hanya mengejar cita-cita tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia jugak paling selalu gaduh dengan Gu Li.



Tang Wanru / Ruby (Xie Yilin)
Wanru ni watak paling over lah bagi aku. Dia ni selalu acah seksi lol tapi dia paling baik antara keempat semuanya. Dia ni minat kat seorang laki ni tapi laki tu minat Nan Xiang. Sejak tu dia selalu gaduh dengan Nan Xiang pasal lelaki tersebut. Dalam Tiny Times 4, dia kemalangan ketika pergaduhan antara Gu Li dengan Nan Xiang sampai mulut dia terkoyak >,< sejak pergaduhan tu berlaku, masing-masing bawak diri.





Gu Yuan (Ko Chen Tung)
Dia ni pakwe Gu Li. Dia selalu gaduh dengan Gu Li sebab mak Gu Yuan ni tak suka Gu Li. Dia jugak seorang setia tunggu Gu Li even dia tahu Gu Li ada penyakit kanser. At the end movie ni, mak Gu Yuan restu gak hubungan dorang berdua.







Zhou Chongguang / Shaun (Cheney Chen)
Ok nilah pakwe baru aku eh takdelah. Ni watak lelaki paling hensem bagi aku lah. Dalam movie ni, dia dikenali sebagai FLOWER BOY lol. Dalam Tiny Times 1, dia ni model. Tiny Times 2 pulak dia jadi pakwe baru Lin Xiao. tapi dalam Tiny Times 3 pulak dia mati eh? actually dia tak mati tapi dia tukar identiti jadi Shaun sebab nak tolong abang angkat dia iaitu Gong Min. Mana tak gilanya si Lin Xiao tu melalak sebab pakwe dia mati hahaha. I nak belanja  gambar hensem Zhou Chongguang lagi.



Actually, banyak lagi watak dalam movie ni tapi aku rasa watak dorang tak selalu muncul tu yang aku tak letak >.< hahaha jahat betul aku ni. Tapi, apapun endingnya memang best sebab GuYuan akan kahwin dengan GuLi, LinXiao dah baik balik dengan ZhouChongguang. cuma NanXiang takde bercinta dengan sesiapa sebab Xi Cheng mati akhirnya lol and Wanru jugak still dengan perangai over nya hahaha. Oklah part yang mata aku mengalir laju bila GuLi buat video klip untuk 3orang kawannya time dia sakit kanser ok tu yang paling sedih namati ah aku tengok pukul 2pagi suara aku je yang kedengaran hahahaha. btw movie ni ada scene 18+ tapi tak banyak rasanya dalam Tiny Times 4 je kot. So korang yang umur bawah 18 tu jangan risau takde apa pun act hahahaha

Lagipun movie ni ada 4 series dan aku tanaklah review satu-satu so aku review keseluruhan jelah haha sekali lagi aku malas..

RH RATING 
8.0/10.0
Overallnya movie ni memang best cuma setiap siri mesti ada je yang nak gaduh time tengah bahagia :')

LINK TO WATCH THIS MOVIE
Kiss Asian : Tiny Times 1 (eng sub)
Kiss Asian : Tiny Times 2 (eng sub)
Kiss Asian : Tiny Times 3 (eng sub)
Kiss Asian : Tiny Times 4 (eng sub)

TRAILER & PHOTO
             

Tiny Times 1 (trailer)

Tiny Times 2 (trailer)



Tiny Times 3 (trailer)

Tiny Times 4 (trailer)

Kris Wu - Time Boils the Rains
OST Tiny Times





Tiny Times 1 (official poster)                                       Tiny Times 2 (official poster)
Tiny Times poster.jpg                Tiny Times 2 poster.jpg

   Tiny Times 3 (official poster)                                       Tiny Times 4 (official poster)
Tiny Times 3 poster.jpg                Tiny Times 4 poster.jpeg

0 comments: