REVIEW | Taiwan Movie : Campus Confidential - Raizah Halisah

Monday, 9 May 2016

REVIEW | Taiwan Movie : Campus Confidential


Assalamualaikum ^^ harini untuk mengisi blog aku yang dah makin bersarang ni, aku decide nak review satu film / movie yang aku tengok malam semalam. Taiwan movie. So, entry aku kalini, aku nak review movie yang bertajuk "Campus Confidential".



TITLE : Campus Confidential
COUNTRY : Taiwan
LANGUAGE : Chinese
DIRECTOR : Donnie Lai Cheun-Yu
RELEASE YEAR : 2013
TIME PERIOD : 104 minutes
STARRING BY : Ivy Chen, Chen Bolin

SINOPSIS
Kisah movie ni bermula dengan seorang gadis yang bernama Kiki Liang (Ivy Chen) yang memang popular di kampusnya. Kiki memang benci dengan lelaki yang nerd sehingga lah dia memuat naik status dia akaun facebook nya iaitu 10 sebab mengapa dia membenci lelaki nerd. Sejak itu, semua lelaki nerd di kampusnya itu mula anti kepada dirinya.

Kisah menjadi menarik apabila Kiki terjatuh ke dalam Tasik Lu (chrysanthemum) yang tiba-tibanya air di tasik itu berpusar dan kemudiannya hilang sehingga membuatkan tasik itu menjadi kering. Seorang lelaki nerd yang bernama Lucky Wu (Chen Bolin) juga turut terjatuh  ke dalam tasik tersebut bersama Kiki.

Sejak kejadian peristiwa itu, kampus mereka kecoh dengan dua insan yang terjatuh di dalam tasik misteri tersebut, Tasik itu juga dikenali sebagai Legenda Tasik Lu dimana sesiapa sahaja (2 orang) yang terjatuh ke dalam tasik itu selepas airnya berpusar hilang, di katakan mempunyai jodoh yang kuat. Tetapi tidak bagi Kiki kerana dia amat membencikan lelaki nerd.

RH Review
This movie aku tengok dalam around pukul 1 lebih pagi malam semalam. Disebabkan takde siapa yang nak rekemenkan aku movie apa yang best, so aku decide cari movie yang best kat goodrama dan akhirnya jumpalah movie taiwan ni. Campus Confidential, tajuk macam best and pelakon pon boleh tahan sebab ada Chen Bolin yang partner dgn Jihyo dalam WGM hahaha tapi dalam movie ni, Chen Bolin jadi nerd so kehandsoman dia kau hanya boleh tengok kat akhir movie ni seriously >,< .

To me, movie ni memang best sebab banyak plot twist, Yang kau rasa baik tulah yang akan jadi pelik/jahat. Movie ni memang kena dengan peribahasa 'jangan sangka air yang tenang tiada buaya' and yup memang ada kena. Korang rasa lah kan aku yang tengok movie ni sampai 3pagi pun seram tau sebab banyak sangat twist kat dalam movie ni. boleh di katakan susah nak tidur sebab memang terkejut sangat sampai ada plot twist macam tu. Okay aku memang belum move on lagi dengan movie ni T^T help me...

Don't worry. Movie ni tak berhantu pun cuma ada part yang kau rasa macam tak percaya sangat contohnya "seriouslah apa semua ni" "weh aku tak sangka boleh jadi macam ni""weh itu" "weh ini" semuanya akan keluar daripada mulut engkorang kalau tengok movie ni sebab aku sendiri cakap macamtu beribu kali sensorang T^T. So, kalau engkorang nak tengok movie ni, jangan terkejut pulak dengan part suspen dia tau. Part kelakar pun ada gak tau. romantik semua tu. cuma banyak plot twist.

Ending movie ni pun tak mengecewakan sebab akhirnya hero dengan heroin bersama. okay dekat situ korang boleh tengok kehandsoman Chen Bolin okay hahaha aku sekarang ni peminat 'bobo' tau hahaha.

RH Rating
9.5/10 so far is good and i really love it. Trust me, you will love this movie !!

You can watch online at here : Campus Confidential (eng sub)


the official trailer. boleh tengok trailer dulu.

part di mana Lucky Wu spend time dengan Kiki.
memang sweet okay even my bobo tak begitu handsome :')

another best scene. memang kelakar part ni hahaha ada lah rated m sikit hahaha

ni part bila Lucky Wu tak boleh kalau dia tak minum air time pukul 1petang.
pelik k pelik

cast for campus confidential.
dari kiri, Yao Yao, Chen Bolin, Ivy Chen, Paul Chiang.

Ivy Chen : Gadis yang baik. Sangat popular di kampusnya, kekasih nya adalah Paul Chiang (lupa nama watak)
Chen Bolin : Lelaki nerd, sukakan Kiki sejak kecil lagi, seorang computer programming.
Paul Chiang : Kekasih Kiki. pemain bola keranjangan dan seorang yang sangat tinggi.
Yao Yao : Roommate baru Kiki, sebenarnya dia ada simpan niat tak baik terhadap Kiki, sangat menyukai kekasih Kiki.


Untuk ending, aku dah puas google tapi tak jumpa gambar dia. But dont worry, korang still boleh tengok dekat link yang aku kasik atas tu ye. 

Bye Bye <3

5 comments:

  1. macam best, nak tengok lah nanti. hehe

    salam perkenalan, jemput singgah, komen dan follow back :)

    https://neezaohneeza.blogspot.my

    ReplyDelete