[REVIEW] Korean Drama | I Order You - Raizah Halisah

Friday, 24 June 2016

[REVIEW] Korean Drama | I Order You



Assalamualaikum w.b.t. Harini aku nak review satu drama yang aku rasa menarik untuk korang tengok jugak sebab aku rasa drama tu best. Tentunya drama kegemaran aku, drama korea so siapa yang penggemar drama korea tu, boleh tengok drama ini okay. Okay berbalik pada drama korea yang aku nak review harini, tajuknya ialah "I Order You".



I Order You merupakan salah satu drama korea yang disiarkan di astro channel one 393 yang berjumlah 16episode dan bersiaran selama 40minit termasuk iklan (15minit tanpa iklan). Drama ini telah di release tahun 2015 oleh SBS. Salah satu yang membuatkan aku tertarik nak tengok drama ni mungkin sebab ada Yunho (DBSK). Someone please tell me siapa yang tak kenal abang kacak from DBSK, iaitu Jung Yunho. Yunho menjadi watak utama dan juga hero di dalam drama ini.

I Order You mengisahkan seorang chef yang berkebolehan yang bernama Yeo Gook Dae (Yunho) yang mempunyai pengalaman percintaan di mana pengantin perempuannya lari daripada majlis perkahwinan mereka. Setelah itu, dia berjumpa dengan seorang gadis yang bernama Park Song Ah (Kim Ga Eun) dan mereka jatuh cinta bersama.

Drama ini di adaptasi daripada novel bersiri FL-ada. Park Song-Ah sukakan Gook Dae sejak kali pertama mereka berjumpa dan Song Ah merahsiakan perasaannya terhadap Gook Dae. Di pejabat Song Ah, dia berjumpa semula kawan yang sama bersekolah tadika dengannya yang bernama Kevin Joo Kyung Joo (Jang Seung Joo). Kyung Joo memang daripada dulu mempunyai perasaan terhadap Song Ah tetapi Song Ah hanya menganggap Kyung Joo tidak lebih daripada seorang kawan. Suatu hari, Gook Dae meluahkan perasaannya kepada Song Ah dan Song Ah merasakan bahawa telah terlambat untuk Gook Dae meluahkannya kerana pada waktu itu Song Ah merasakan bahawa dia telah pun tawar hati kepada lelaki itu. Tapi, akhirnya mereka berdua bercinta jugak sebab Song Ah still sukakan Gook Dae. Drama jadi konflik bila bekas kekasih Gook Dae, Ah Da Hwa (Goo Jae Yi) juga merupakan pengantin Gook Dae yang melarikan diri pada hari perkahwinanya, kembali meraih cinta Gook Dae. tetapi Gook Dae telahpun bercinta dengan Song Ah. Da Hwa tetap tak berputus asa untuk meraih cinta Gook Dae malah dia merancang strategi supaya kepercayaan Song Ah terhadap Gook Dae hilang. Peleraian untuk cerita ini akhirnya Song Ah dengan Gook Dae getback balik.

I love this photo. I love this couple <3

Gook Dae as a chef <3

Para pelakon I Order You

You all can watch this drama at :


RH rating : 9.0/10



No comments:

Post a Comment