October 2016 - Raizah Halisah

Saturday, 29 October 2016

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

October 29, 2016 2
Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

Assalamualaikum blogger sekalian. entry aku kalini pasal giveaway yang akak Rrai anjurkan minggu lepas kalau tak silap aku. aku memang cadang nak join minggu lepas tapi disebabkan aku busy, aku tak sempat nak join. hadiah untuk giveaway ni bukan calang-calang hadiah tau. hadiahnya exclusive ciptaan pelakon dan mummy kepada yusuf iskandar iaitu, Hanis Zalikha! Hanis Zalikha akan melancarkan lipstick matte ni minggu depan, 1 Nov 2016. berita ni baik untuk aku yang sedang mengumpul lipstick matte dari pelbagai jenama. so, nak tambah koleksi Shade Dough ni, aku berharapan boleh dapat salah satu shade pun jadilah supaya dia boleh kawan dengan liptick matte yang lain >,< .

My Random Kindness story

Cerita pasal random kindness ni aku tak tahu nak tulis pasal apa sebenarnya. untuk pengetahuan semua, aku ni takdelah baik mana. kalau nak jadi baik pun, ikut mood. so, yang mana kenal aku akan tahu aku punya perangai macam mana. aku teringat zaman aku form 3 dulu. alaa zaman pmr lah kononnya. zaman yang membuatkan aku daripada benci matematik sampai sekarang aku sayang gila matematik. cikgu zakiah, satu-satunya cikgu matematik yang ajar aku time aku form 3 dulu. beliau lah yang mengajar aku sampai result pmr matematik aku dapat A. haha kesitu pulak. aku ingat lagi time buat soalan yang cikgu bagi kat papan putih, tiba tiba cikgu zakiah datang kat meja aku. dia tanya, "dekat dunia ni kita perempuan kena simpan 3 benda dalam hati. cuba awak teka apa benda tu?" sebenarnya, aku pun kelu nak jawab soalan tu sebab benda tiba tiba kan haha. so, aku pun jawablah, "yang pertama, rajin. yang kedua, pamdai. dan yang ketiga, baik." then, cikgu kata salah. jawapan sebenarnya, pertama, baik. kedua, baik dan ketiga baik. mula-mula aku tak faham cikgu cakap pasal apa. then barulah aku tahu dan faham maksud cikgu. dekat dunia ni, kita kena ada bersikap ataupun bersifat baik dalam diri. tak kiralah orang tu jahat dengan kita atau baik dengan kita sekalipun. biarlah tak pandai asalkan hati kita baik dan tiada perasaan hasad dengki dekat orang yang lebih tinggi keupayaan daripada kita. sejak tu, aku dah faham maksud cikgu.

berbalik kepada cerita random kindness aku, bagi aku perangai baik aku datang bila aku ada mood. contohnya kalau kawan aku tertinggal duit ke, aku ada duit poket lebih pasti aku akan belanja dorang walaupun rm1. sebab bagi aku benda tu bukan selalu aku buat. aku akan tawarkan diri nak belanja walaupun rm1 dekat dorang. kenkadang jugak dorang ada tanya, "weh tak menyusahkan kau ke?" tapi aku jawab, "alaa bukan selalu aku belanja kau. benda penting yang kau nak kan. takpe." aku selalu cakap macam tu walaupun dekat situ aku cakap 'bukan selalu'. bagi aku, duit apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kawan aku yang tengah lapar nak makan benda yang dia teringin. tapi sebenarnya, aku jujur yang aku tak baik. nak ajar kawan benda yang tak faham pun, kadangkala aku marah-marah (dah sah tak boleh jadi cikgu). maaflah kawan-kawan semua. aku memang macam ni kot daripada dulu haha. aku minta maaf ye. hahhahaha.

tujuan aku tulis cerita kat atas, bukan untuk menunjuk. cuma aku rasa aku ada jugak sikap baik untuk situasi macam tu. selalu jugak dengar ada kawan aku kata, "eh fefi ni baik jugak eh" haha dengar je macam tu baru perasan yang aku ni baik sebenarnya. maaf cikgu zakiah, zaman remaja saya tapi saya belum cukup baik lagi dengan semua orang *nangis tepi katil* inshaAllah, zaman dewasa nanti saya akan cuba untuk berbuat pada semua orang. doakan saya ye cikgu. yang pastinya, saya takkan lupakan cikgu dan juga nasihat-nasihat cikgu selama ni. terima kasih untuk segalanya. 

Instagram : raizahalisah
Shade Dough yang menjadi pilihan hati ialah Rose Taffy :) haha cewahh

**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**

Sunday, 9 October 2016

Wolf Girl and Black Prince (Japanese Movie)

October 09, 2016 4
Wolf Girl and Black Prince (Japanese Movie)

Assalamualaikum semua. ok, harini aku nak review pasal movie yang aku ada tengok minggu lepas. bagi aku, movie ni movie yang menarik dan ofcourse lah pasal cinta monyet zaman sekolah tinggi. nce. rasanya sesiapa yang minat anime, mesti pernah dengar tajuk ni sebab sebelum keluar movie, dia memang dah keluar anime cartoon dulu. then lepastu baru dia keluar movie jepun yang manusia sendiri yang lakonkan. so here, the movie, Wolf Girl and Black Prince




TITLE : Wolf Girl and Black Prince (Okami Shojo To Kuro Oji)
COUNTRY : Japan
LANGUAGE : Japanese
DIRECTOR : Ryuichi Hiroki
RELEASE DATE : 28 May 2016
TIME PERIOD : 116 minutes
STARRING BY : Fumi Nikaido, Kento Yamazaki


SINOPSIS
Movie ni pasal seorang perempuan yang bernama Erika Shinohara (Fumi Nikaido) yang tak pernah ada pengalaman bercinta. so, Erika selalu tipu kawan dia yang dia ada seorang boyfriend yang suka bermanja dengan dia sebab dia malu yang kawan dia semua ada boyfriend tetapi tak bagi dia. lagipun, kawan dia selalu syak yang si erika ni takde boyfriend sebenarnya so, erika takut yang kawan dia dapat tahu yang dia takde boyfriend. then, dekat satu tempat tu dia nampak seorang lelaki yang hensem, Kyouya Sata (Kento Yamazaki) tengah jalan dan sempat mengambil gambar lelaki tersebut sebagai bukti dia ada boyfriend.

Tetapi, Kyouya merupakan budak hot dekat sekolah Erika. so, erika membuat perjanjian dengan kyouya supaya kyouya ni jadi boyfriend dia then kyouya pun setuju tapi erika kena jadi haiwan peliharaanya. lama-kelamaan, erika jatuh cinta dengan kyouya tetapi disebabkan kyouya yang hati batu

Selain tu, ada seorang lelaki nerd, Yuu Kusakabe (Ryo Yoshizawa) yang minat dekat erika tapi erika tak pernah perasan dia.

RH Review
This is very highly recommended movie for uolls and i really love this movie so much. for those yang taknak tengok anime yang berepisod, boleh tengok movie ni yang berdurasi sejam lebih je. ataupun yang dah pernah tengok anime version, boleh tengok yang real version kihkih. cuma yang real version ni hero dengan heroin tak kahwin macam yang anime punya. tapi ending dia boleh tengok yang hero dengan heroin together.

aku suka tengok muka heroin dia, erika. kalau perasan, muka erika ni ada macam park shin hye sikit. aku rasalah. bagi aku, aku tak suka muka hero dia sangat sebab tak hensem. tapi aku suka ketinggian hero dia. dalam movie ni, aku prefer si yuu ni sebab dia memang hensem hahaha. kyouya ni hensem tapi yuu ni lagi hensem bagi aku kk jangan kecam ni pendapat aku je em T^T. tapi kesianlah jugak dekat yuu sebab cinta tak kesampaian hm. takpe yuu awak dengan saya jelah >,< kk jkjkjk.

RH Rating
9.0/10.
lagi 1.0 hilang sebab takde babak kahwin hahaha

You can watch online here : Wolf Girl and Black Prince (eng sub)




boleh tengok trailer dulu.

real version vs anime version

nilah kawan erika yang semua ada boyfriend

ah they are so cute together ^^

erika request kyouya jadi boyfriend tipu dia.

so, jangan lupa tengok ye hehe
bye bye,
raizahalisah

Monday, 3 October 2016

Fall in love with Im Sun Hae vocal !

October 03, 2016 1
Fall in love with Im Sun Hae vocal !
Assalamualaikum semua :) Firstly, raizah nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1438H kepada semua followers sekalian dan salam isnin hiks. Secondly, raizah minta maaf sebab dah tak selalu update entry dalam blog ni sebab raizah tersangat busy dengan kehidupan form6 dan kalau raizah tak busy pun, raizah tak tahu nak update entry em lagi sedih bila raizah sendiri malas nak bukak laptop. mian semua tetapi raizah masih seorang blogger walaupun raizah ni busy or malas sekalipun hehe. Sebenarnya, saya tak tahu nak bahasakan diri apa. sama ada nak bahasakan aku ataupun raizah. kalau lihat dekat entry sebelum ni, memang selalu guna aku dengan raizah tapi takpe kan? tukar tukar takdelah rasa macam bosan sangat :").



Okay, berbalik daripada tajuk cerita di atas, raizah nak review satu lagu from korean drama. lagu tersebut adalah nyanyian Im Sun Hae dan lagu tersebut bertajuk Will Be Back. lagu ni merupakan lagu yang ke-9 bagi korean drama tersebut. haa lupa nak bagitahu yang drama tu adalah Scarlet Heart : Ryeo. rata-rata followers raizah mesti tengah layan drama ni kan? haishh tipulah kalau korang tak layan drama abe hensem ni ~~ 7 orang abe hensem ni siapa je yang tak tertarik lagi lagi dengan heroin dia IU yang tersangat comel dengan Seohyun SNSD yang sangat berkarisma hehe. rasanya raizah tak review pasal drama tu sebab dah selalu tengok orang review drama ni takut nanti korang rasa bosan review benda sama :") tapi takpe sebab raizah cuma nak review salah satu lagu dalam drama tersebut.


for those yang nak dengar lagu ni, boleh tengok video youtube dekat atas. raizah sukakan lagu ni sebab lagu ni sedih. bukan sedih tapi sayu. kalau korang tengok dan dengar serta faham lirik dia, lagu ni sebenarnya pasal lagu orang mati >,< kalau tengok video dekat atas ni pun korang boleh tengok saat kematian isteri 8th Prince Wang Wook, Lady Myung Hae. selain tu korang boleh tengok 4th Prince Wang So dia minum racun sampai muntah darah. dengan Lady Oh mati kena gantung. senang cerita lagu ni keluar time orang dalam drama ni mendapat musibah. raizah sendiri tak tahu kenapa suka sangat dengan lagu ni. bukan sebab raizah suka orang mati. tak. raizah cuma suka macam mana Im Sun Hae begitu hayati ketika menyanyi lagu ni. lagi satu raizah suka vokal dia, memang sedap walaupun vokal sayu >.< so thats my opinion terhadap lagu fav raizah.

sebenarnya, banyak lagi lagu ost scarlet heart ryeo ni yang raizah suka macam davichi-forgetting you, for you-exo, ioi, epik high ft lee hi, punch ft loco dan banyak lagi. kira semua suka! cuma untuk lagu Will Be Back ni raizah terlebih suka haihh susah nak explain. bawah ni raizah bagi lirik translation dalam english.

A petal is fluttered to the ground by the season
It’ll be alone,lonely and sad
The sky where the stars left is sad
So it cries like a rain
Like the flower blooms and falls
Please deliver my mind via the wind
The wish which will be come true when the first snow
I believe that story, my dearest wish
If you know my heartrending mind
You’ll be back again




for those yang nak download ost ni, boleh pergi SINI
korang pulak suka ost yang mana? share lah dekat comment hiks :)
memang sedih lah lirik dia em jap nak sambung nangis jap, bye


lots of love,
raizahalisah