Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha - Raizah Halisah

Saturday, 29 October 2016

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha


Assalamualaikum blogger sekalian. entry aku kalini pasal giveaway yang akak Rrai anjurkan minggu lepas kalau tak silap aku. aku memang cadang nak join minggu lepas tapi disebabkan aku busy, aku tak sempat nak join. hadiah untuk giveaway ni bukan calang-calang hadiah tau. hadiahnya exclusive ciptaan pelakon dan mummy kepada yusuf iskandar iaitu, Hanis Zalikha! Hanis Zalikha akan melancarkan lipstick matte ni minggu depan, 1 Nov 2016. berita ni baik untuk aku yang sedang mengumpul lipstick matte dari pelbagai jenama. so, nak tambah koleksi Shade Dough ni, aku berharapan boleh dapat salah satu shade pun jadilah supaya dia boleh kawan dengan liptick matte yang lain >,< .

My Random Kindness story

Cerita pasal random kindness ni aku tak tahu nak tulis pasal apa sebenarnya. untuk pengetahuan semua, aku ni takdelah baik mana. kalau nak jadi baik pun, ikut mood. so, yang mana kenal aku akan tahu aku punya perangai macam mana. aku teringat zaman aku form 3 dulu. alaa zaman pmr lah kononnya. zaman yang membuatkan aku daripada benci matematik sampai sekarang aku sayang gila matematik. cikgu zakiah, satu-satunya cikgu matematik yang ajar aku time aku form 3 dulu. beliau lah yang mengajar aku sampai result pmr matematik aku dapat A. haha kesitu pulak. aku ingat lagi time buat soalan yang cikgu bagi kat papan putih, tiba tiba cikgu zakiah datang kat meja aku. dia tanya, "dekat dunia ni kita perempuan kena simpan 3 benda dalam hati. cuba awak teka apa benda tu?" sebenarnya, aku pun kelu nak jawab soalan tu sebab benda tiba tiba kan haha. so, aku pun jawablah, "yang pertama, rajin. yang kedua, pamdai. dan yang ketiga, baik." then, cikgu kata salah. jawapan sebenarnya, pertama, baik. kedua, baik dan ketiga baik. mula-mula aku tak faham cikgu cakap pasal apa. then barulah aku tahu dan faham maksud cikgu. dekat dunia ni, kita kena ada bersikap ataupun bersifat baik dalam diri. tak kiralah orang tu jahat dengan kita atau baik dengan kita sekalipun. biarlah tak pandai asalkan hati kita baik dan tiada perasaan hasad dengki dekat orang yang lebih tinggi keupayaan daripada kita. sejak tu, aku dah faham maksud cikgu.

berbalik kepada cerita random kindness aku, bagi aku perangai baik aku datang bila aku ada mood. contohnya kalau kawan aku tertinggal duit ke, aku ada duit poket lebih pasti aku akan belanja dorang walaupun rm1. sebab bagi aku benda tu bukan selalu aku buat. aku akan tawarkan diri nak belanja walaupun rm1 dekat dorang. kenkadang jugak dorang ada tanya, "weh tak menyusahkan kau ke?" tapi aku jawab, "alaa bukan selalu aku belanja kau. benda penting yang kau nak kan. takpe." aku selalu cakap macam tu walaupun dekat situ aku cakap 'bukan selalu'. bagi aku, duit apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kawan aku yang tengah lapar nak makan benda yang dia teringin. tapi sebenarnya, aku jujur yang aku tak baik. nak ajar kawan benda yang tak faham pun, kadangkala aku marah-marah (dah sah tak boleh jadi cikgu). maaflah kawan-kawan semua. aku memang macam ni kot daripada dulu haha. aku minta maaf ye. hahhahaha.

tujuan aku tulis cerita kat atas, bukan untuk menunjuk. cuma aku rasa aku ada jugak sikap baik untuk situasi macam tu. selalu jugak dengar ada kawan aku kata, "eh fefi ni baik jugak eh" haha dengar je macam tu baru perasan yang aku ni baik sebenarnya. maaf cikgu zakiah, zaman remaja saya tapi saya belum cukup baik lagi dengan semua orang *nangis tepi katil* inshaAllah, zaman dewasa nanti saya akan cuba untuk berbuat pada semua orang. doakan saya ye cikgu. yang pastinya, saya takkan lupakan cikgu dan juga nasihat-nasihat cikgu selama ni. terima kasih untuk segalanya. 

Instagram : raizahalisah
Shade Dough yang menjadi pilihan hati ialah Rose Taffy :) haha cewahh

**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**

2 comments:

  1. Slm daripada Fiza. Singgah BW dr segmen yang sama..gd luck http://ourmemoria.blogspot.my/2016/10/giveaway-shade-dough-by-hanis-zalikha.html

    ReplyDelete